Tun Dr. Mahathir dari Kaca Mata Seorang Warga China


Pengarang buku ini ialah warga China. Tidak ramai yang tahu tentang hubungan persahabatan antara beliau dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad selama 24 tahun yang bagaikan hubungan bapa dengan anak. Dari kaca mata beliau, Tun Dr. Mahathir seorang yang genius, mahir dalam mengaplikasikan teknik seni perang Sun Tzu, dan hebat dalam taktik dan strategi. Di samping itu, gagasan pentadbiran negara Tun Dr. Mahathir adalah jauh ke depan.


Buku ini ditulis dari beberapa sudut pandangan yang berbeza, melalui kajian kes untuk mentafsirkan perasaan mendalam Tun Dr. Mahathir terhadap tanah airnya. Buku ini turut menerangkan dengan teliti tiga prinsip hidup Tun Dr. Mahathir: kehidupan yang teratur, pembelajaran yang teratur, dan kerja yang teratur. Selain itu, buku ini menerangkan gaya kerja Tun Dr. Mahathir yang serius, teliti, bekerja keras, tegas dalam perkataan dan perbuatan hingga setiap kata-katanya pasti akan dikotakan.


Buku ini merupakan sebuah karya untuk rakyat Malaysia yang pelbagai kaum, terutamanya generasi muda, bagi menyelami perasaan cinta yang tak terhingga tokoh kita, Tun Dr. Mahathir , terhadap negara. 



Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Tun M dan Saya

  • Brands Sasbadi Sdn Bhd
  • Product Code: Tun M dan Saya 6A-(M)DOCTMS-1
  • Availability: 9
  • Weight: 150.00g
  • 39.00 Points


Tags: Tun M dan Saya