Kamus Lengkap Peribahasa Bergambar KSSR ini diterbitkan khusus untuk membantu murid dalam menghadapi cabaran dan meningkatkan penguasaan dalam peperiksaan sekolah rendah. Supaya kamus ini benar-benar lengkap dan mantap serta penggunaannya dapat memenuhi kehendak guru dan murid, maka pembikinannya didasarkan pada pelbagai bahan rujukan.

Antaranya termasuklah:
• keperluan peperiksaan sekolah rendah;
• Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sekolah Rendah;
• buku-buku teks Bahasa Melayu sekolah rendah;
• buku-buku rujukan Bahasa Melayu sekolah rendah;
• kamus-kamus peribahasa Melayu;
• kamus-kamus perdana bahasa Melayu.

Melalui rujukan sedemikian, terhasillah sebuah kamus yang dapat memenuhi kehendak Sistem Bahasa – Peribahasa Sekolah Rendah di samping menepati keperluan peperiksaan sekolah rendah; mempunyai kandungan yang benar-benar lengkap dan tidak terlalu tinggi secara
perbandingan dengan tahap pencapaian murid; serta bermuat huraian makna dan contoh situasi serta penggunaan yang tepat. Maka ternyata sekali bahawa kamus ini cukup mapan lagi berkesan dan harus dijadikan pilihan serta teman pembelajaran.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Kamus Lengkap Peribahasa Bergambar Edisi Kesebelas

  • Product Code: Kamus KLPB20E11
  • Availability: 100
  • Weight: 0.26kg
  • 10.90 Points