Kemahiran membaca ialah satu daripada kemahiran asas yang amat ditekankan. Dalam usaha membantu murid meningkatkan dan menguasai kemahiran membaca inilah maka buku KAEDAH MUDAH MEMBACA dan BUKU AKTIVITI – ADIKKU BIJAK MEMBACA diterbitkan. Selain itu, penerbitan buku-buku ini dapat juga membantu guru dalam pengajaran – pembelajaran kemahiran asas membaca, sebelum kemahiran-kemahiran berbahasa yang lain diajarkan.

Pendekatan dan penyediaan buku KAEDAH MUDAH MEMBACA ini dirancang dan diolah menurut kaedah suku kata. Melalui kaedah ini, murid diajar secara bertahap-tahap: dimulakan dengan mengenal serta menyebut huruf; diikuti dengan menyebut suku kata dan kata; diakhiri dengan membaca ayat-ayat mudah yang terkawal pemilihan kata-katanya.

Berdasarkan pendekatan berkenaan, ternyatalah bahawa buku KAEDAH MUDAH MEMBACA ini amat sesuai digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu untuk murid-murid di peringkat awalnya.

Semoga murid-murid dan guru memperoleh manfaat daripada penggunaan buku KAEDAH MUDAH MEMBACA – ADIKKU BIJAK MEMBACA ini. Selamat maju jaya.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Kaedah Mudah Membaca Adikku Bijak Membaca Edisi Kelima

  • Product Code: Reference KMM20
  • Availability: 95
  • Weight: 0.14kg
  • 7.90 Points