SUPER SKILLS ULANG KAJI SPM dipersembahkan dalam reka bentuk trend paling kini, segar, berwarna-warni lagi meriangkan seperti yang diperlukan oleh murid hari ini. Yang paling utamanya, inilah satu-satunya siri yang menyediakan kandungan yang paling segar dan terkini di pasaran kerana diolah baharu, khusus untuk keperluan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
secara total, baik dari segi notanya mahupun dari segi praktis dan pentaksiran
yang disediakan.

Setiap nota dan praktis direncanakan oleh panel pengarang yang hebat
berwibawa, yang telah mengikuti kursus tentang SPM, yang mahir tentang
format SPM, yang menjadi penyemak kertas SPM, serta yang mempunyai bertahun-tahun pengalaman dalam pengajaran. Setiap fakta dan kata kunci dicetak berwarna serta disokong oleh bahan grafik supaya menarik, mudah
difahami, dan diingat oleh murid.

Siri ini benar-benar menjurus ke arah membantu calon-calon SPM menguasai pelajaran di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 serta mencuba latih tubi soalan-soalan
yang berformat dan berpiawai SPM dengan secukupnya. Hal ini penting sebagai persediaan mantap calon sebelum menduduki peperiksaan serta sebagai strategi memperoleh kecemerlangan dalam SPM.

Justeru, keberkesanan buku ini sebagai pegangan untuk results cemerlang patut
diyakini. Sebagai nilai tambah dan memenuhi keperluan terkini, konsep pembelajaran kontekstual turut diterapkan melalui KBAT dan i-Think.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

TINGKATAN 4 SUPER SKILLS ULANG KAJI SPM SEJARAH

  • Product Code: Reference SK20SSE4
  • Availability: 99
  • Weight: 0.58kg
  • 21.90 Points