Beberapa peristiwa aneh telah berlaku. Longgokan mesin lama di sebuah pulau tiba-tiba bergabung dan “hidup” kembali sekali gus melepaskan diri daripada bilik kawalan. Selain itu, robot angkasa lepas yang ditemukan di China, “Robot Terracotta” juga bergabung semula dan “hidup” kembali. Robot-robot tersebut telah menuju ke destinasi berlainan, iaitu ke Pulau Gergasi untuk merampas batu bertenaga atau belantan batu milik Gergasi Bimbo; dan menceroboh istana Tuan Sadan untuk merampas batu permata yang dinamakan “Mata Elpis”, iaitu batu bertenaga mempunyai tenaga yang sukar dikawal oleh manusia.
Pada masa yang sama, Adi bermimpi sahabatnya, Robot Dream, mengetuai bala tentera robot untuk menyerang bandar. Bagaimanakah robot dapat “hidup” kembali? Adakah mimpi Adi merupakan petanda kemusnahan alam manusia?
Legion Robot
- Brands Orbit Buku Sdn Bhd
- Product Code: Siri Adiwira 2E-(M)COMADI-14
- Availability: 10
- Weight: 158.00g
-
9.80 Points
Related Products
Tags: Legion Robot, Siri Adiwira