Siri Formula A+ KSSR ini diterbitkan untuk memenuhi keperluan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Pentaksiran Pusat seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu, kandungan siri ini dirancang dan digubal agar menepati kehendak Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Pusat (PP) baik dari segi latihan mahupun penilaian yang disediakan. Selain itu, kandungannya juga dibina berdasarkan kehendak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), buku teks, format pentaksiran, dan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
Kesemua elemen ini digabungjalinkan dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT); Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21); i-THINK; Science, Technology, Engineering, Mathematics (STEM); Science, Technology, Engineering, Arts, Mathematics (STEAM); Modul Pendidikan Sivik/Nilai
Teras Sivik; Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya; nota, dan praktis bagi memastikan murid dapat menguasai silibus dan pelajaran. Persembahannya pula diolah secara integrasi untuk memudahkan murid memahami kesemua elemen yang diterapkan dalam siri ini.
Tahun 2 Modul Aktiviti Formula A+ Pendidikan Kesenian: Seni Visual
- Product Code: Reference BK20RTM3
- Availability: 100
- Weight: 0.18kg
-
6.90 Points